Sunday 9 December 2012

KEPERLUAN TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS



TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan, dan melatihkemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut.

         Objektif Terapi

1.  Dapat  mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah   pembelajaran secara menyeluruh.
2.   Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk  murid yang bermasalah.


Keperluan Terapi

 1.  Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
 2.     Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
 3.  Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
 4.    Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.



  Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
                Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

   Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:

1.  Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2.  Terapi seni.
3.  Terapi berkuda.
4.  Terapi pasir.
5.  Terapi muzik dan nyayian.
6.  Pergerakan kreatif dan drama.
7.  Terapi Hidro (Air)
8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan

  
TERAPI FISIO

Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.

   Definisi Fisio

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:

1.    Mengurut.
2.    Manipulasi.
3.    Latihan teraputik
4.    Penyejukan dan pemanasan
5.    Terapi hidro.
6.    Ransangan menggunakan elektrik.
7.    Ransangan menggunakan cahaya.

6.2  Aktiviti Fisio

Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

1.    Mengurut.

1.    Merenyuk.
2.    Mencubit.
3.    Menguli.
4.    Mengoyak.
5.    Menggentel.
6.    Menggunting.
7.    Mencabut.
8.    Menggenggam.
9.     Menggaru.
10.  Memicit.

  


 Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
1.    Melambung.
2.    Membaling.
3.    Menyambut.
4.    Menolak.
5.    Menarik
6.    Melompat.
7.    Menendang.
8.    Memukul.
9.    Berlari.
10. Berjalan.

  Latihan imbangan:
1.    Berdiri di atas kerusi.
2.    Berjalan di atas tali
3.    Membawa buku di atas kepala
4.    Membawa bola ping pong dengan sudu.
5.    Berdiri sebelah kaki.

  Latihan kordinasi:
1.    Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
2.    Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.

  Rawatan kebiasaan yang ditawarkan
1. Terapi senaman.
2. Perawatan elektrofizikal.
3. Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs   dan lain-lain.
4. Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.

Terapi Cara Kerja
Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran  sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:

1.    Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.
2.    Latihan pravokasional
3.    Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan.
4.    Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif


TERAPI SENI
Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.

  Definisi Seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain.

  Kepentingan Seni
1.  Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2.  Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3.  Sebagai engalaman universal.

Komponen Pendidikan Seni

a) Seni Visual

-          melukis
-          membuat rekaan dan corak
-          membuat binaan
-          menghasilkan kraftangan

Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya

Objektif Melukis :

-          melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
-          mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
-          pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
-          menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
-          menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )

b) Muzik, Gerakan dan Drama

-          melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan dan drama

Objektif:
-          mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama
-          mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
-          berkemahiran menggunakan alat muzik
-          melakukan gerakan mengikut rentak lagu
-          mengenal lagu berdasarkan melodi
-          mengawal koordinasi anggota anggota badan
-          melakonkan dan menghayati berbagai watak
-          mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang  baik
-          membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling


Peranan, faktor dan pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.

-          bersikap positif  terhadap seni
-          berpengetahuan dan berkemahiran
-          kreatif
-          bepengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
-          berpengetahuan tentang teori pembelajaran
-          menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
-          memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
-          memastikan murid merasa selamat dan diterima
-          membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
-          menadakan peluang untuk interaksi antara murid
-          mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi  


RASIONAL  PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS

1.    Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard Gardner(1983)
2.    Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang
3.    PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri
4.    Sebagai alat utk capai FPK
5.    membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak. Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan dsb. 
6.    membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal. Co. Knk bermasalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak malu

 Pengajaran dan Pembelajaran Seni

1.    Bidang Pengurusan Kehidupan

-          komponen pengurusan diri
-          komponen kemahiran manipulatif
-          komponen pengurusan tingkah laku
-          komponen kemahiran hidup

1.    Bidang Akademik berfungsi

-          komponen Bahasa Melayu
-          komponen Matematik
-          komponen Bahasa Inggeris
-          Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.    Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni

-          komponen Pendidikan Agama Islam
-          Komponen Pendidikan Moral

1.    Bidang Riadah dan Kreativiti

-          Komponen Pendidikan Jasmani
-          Komponen Pendidikan Seni
-          Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
-          Komponen Pendidikan sains, Sosial dan Alam Sekitar


  Fungsi Seni Dalam Pendidikan

1.  Alat membantu perkembangan kanak-kanak. 
2.  Menggalakkan perkembangan fizikal, mental, estatik.
3.  Menyumbang kepuasan diri.
4.  Meningkatkan imaginasi kreatif.   
5.  Menyelesaikan masalah
6.  Menekankan pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.
7.  Menyumbang kepada perkembangan personaliti.

  Definisi Terapi Seni
Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai

        ”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for further treatment”.  

  Teknik Seni Visual

1.  Lukisan 
2.  Kolaj 
3.  Mozek
4.  Gurisan   
5.  Anyaman
6.  Capan
7.  Cetakan
8.  Tiupan
9.  Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan

 Kefahaman Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid

Guru boleh memberi kefahaman murid melalui cara:
1.  Tunjuk ajar.
2.  Lawatan.
3.  Simulasi
4.  Membuat sendiri.
5.  Contoh-contoh.
6.  Perbincangan.
7.  Menonton video.
8. Penggunaan ICT.

  



Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual
Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1.  Pengamatan 
2.  Kordinasi motor kasar dan motor halus.
3.  Komunikasi.
4.  Sosialisasi
5.  Imaginasi
6.  Pemahaman konsep

Kepentingan Seni Visual Kepada Murid
Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah:
1.  Meningkatkan keupayaan berinteraksi  dengan alam sekitar.
2.  Meluahkan perasaan.
3.  Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
4.  Menguatkan daya imaginasi.   
5.  Menguatkan motor kasar dan motor halus.
6.  Memperkembangkan bakat.
7.  Menghayati nilai seni.




TERAPI  ALTERNATIF

TERAPI HAIWAN BERKUDA

Olahraga berkuda ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan bagi berbagai masalah anak. Mulai dari masalah psikologis, mental, emosional, lemah fizik, kemampuan berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.

1  Definisi Terapi Berkuda
Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda): "Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”.

2  Kelebihan Terapi Berkuda
Setiap tahun, banyak orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan jumlahnya terus meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga manfaat utama, iaitu olahraga, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti terlebih dahulu terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan sehingga mereka menjadi lebih rileks menjalaninya.

Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta kendala dalam belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan disiplin tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan kuda yang dinaikinya.

Menurut McCallum lagi hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya membantu mengatasi ketakutan. Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara anak dengan kuda, hal inilah yang menjadi terapi emosi mereka.  Untuk anak yang mengalami kecacatan fizik, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan saat berada di atas kursi roda.

Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. "Saat menunggang kuda, otot-otot pada selangkangan anak akan merasakan sensasi seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga perlahan-lahan si anak akan boleh berjalan," kata McCallum.






TERAPI PASIR
Terapi Sandplay adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu hubungan dengan jiwa ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada prinsip-prinsip psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.

1 Definisi
Terapi Sandplay adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosional dan perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih daripada satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka. Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah kemudiannya ditafsir secara simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu oleh ahli terapi. 

                Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy yang datang untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan, kegagalan dan kemarahannya yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut menyatakan kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu. Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati satu kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan, dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus memainkan perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama dalam dulang tersebut.

2 Cara Terapi Pasir
1.  Menanam badan.
2.  Membina istana pasir.
3.  Bermain ting-ting dalam pasir.
4.  Genggam pasir.
5.  Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam pasir.

3  Tempat-Tempat Yang Sesuai
1.  Di kawasan lapang.
2.  Di tepi pantai.
3.  Dalam bekas berisi pasir.



TERAPI MUZIK
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

 Definisi Terapi Muzik
        Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud
        ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.

                “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).

Jenis Peralatan Muzik
Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:
        1  Muzik Tradisional

      Dipalu                           -loceng, gong, kompang.
      Digesek                        -rebab, gambus, oud, kecapi.
      Ditiup                            -serunai, seruling,nafiri.
      Digoncang                 -angklung.

2  Muzik Barat

       Perkusi tidak berpic                -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
       Tiup dan bras                             -rekoder, trompet, seksofon.
       Bertali                                           -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

    3 Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
1.    Memperkenalkan alat muzik.
2.    Demonstrasi
3.    Warming up.
4.    Teknik bermain dengan betul.
5.    Postur badan yang betul
6.    Menyembunyikan corak/pola ritma.
7.    Memainkan pola/corak ritma.
8.    Bermain ikut giliran.
9.    Membuat gerakan yang sesuai.
10. Bermain secara keseluruhan. 

 Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
1.    Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal. 
2.    Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal. 
3.    Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia. 
4.    Muzik memberi interaksi antara sesama individu. 
5.    Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal. 
6.    Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif. 
7.    Muzik merupakan sumber epada keseronokan. 
8.    Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam          budaya, biologikal dan neurogikal. 

Kebaikan Terapi Muzik
  Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:

 1. Murid Terencat Akal
1.  Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.
2.  Meningkatkan kemahiran akademik.  
3.  Meningkatkan kemahiran psikomotor.  
4.  Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi. 
5.  Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.  
6.  Meningkatkan kemahiran berseronok.

2  Murid Bermasalah Pembelajaran
1.  Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku. 
2.  Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran. 
3.  Meningkatkan kemahiran akedemik 
4.  Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.  
5.  Meningkatkan kemahiran bermuzik. 
6.  Meningkatkan kemahiran berseronok. 

3  Murid Bermasalah Kesihatan
1.  Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
2.  Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot.
3.  Intervensi menguatkan otot.
4.  Intervensi mengawal pergerakan fizikal.
5.  Menyediakan pengalaman berkomunikasi.
6.  Meningkatkan penghargaan diri.
7.  Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial. 
4  Murid Bermasalah Komunikasi
1.  Meningkatkan kemahiran pernafasan. 
2.  Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif. 
3.  Meningkatkan kemahiran artikulasi. 
4.  Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan. 
5.  Meningkatkan kemahiran pembetulan suara. 
6.  Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.
7.  Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi. 

5  Murid Autistik
1.  Menghasilkan komunikasi. 
2.  Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa. 
3.  Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.  
4.  Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.  
5.  Meningkatkan kemahiran kognitif. 

       6  Nyanyian Lagu Kanak-Kanak
       
        Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

                Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.



PERGERAKAN KREATIF DAN DRAMA 

Pergerakan Kreatif Dan Drama
        Pergerakan kreatif dan drama ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.

11.1  Definisi Pergerakan Kreatif
        Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep pergerakan.

11.2  Tema Pergerakan
        Menurut Buku Panduan Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian Pendidikan Malaysia (1997), pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1.  Kesedaran tubuh badan 
2.  Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
3.  Kesedaran ruang
4.  Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
5.  Penyesuaian terhadap kawan.
6.  Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
7.  Lapan lakuan daya asas
8.  Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
9.  Bentuk-bentuk pergerakan.
10. Gabungan lakuan daya asas.
11. Orientasi ruang
12. Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
13. Penaikan dari lantai.
14. Kesedaran berkumpulan.
15. Formasi pergerakan dalam kumpulan.
16. Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

11.3  Definisi Drama
        Drama ialah sebuah cerita atau paparan yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan ke atas watak-watak tertentu. Drama melibatkan lakonan berskrip, pergerakan tubuh badan dan ekspresi mimik muka.




11.4  Pergerakan Kreatif Dan Drama Dalam Pendidikan Khas

        Memandangkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dari segi imaginasi, pemahaman konsep, sosialisasi, kordinasi motor kasar dan motor halus dan komunikasi, pegerakan kreatif dan drama perlu diubahsuai kepada bentuk yang paing mudah.

        Mereka boleh dilatih melakukan pergerakan kreatif dan lakonan watak-watak mudah secara hafalan. Kandungan cerita dalam sebuah drama terdiri daripada unsur-unsur yang mudah difahami seperti tema flora dan fauna serta keluarga.





 TERAPI HIDRO (AIR)
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
12.1 Tujuan Terapi Hidro
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
 12.2  Konsep
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air      lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.
Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan    individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak  seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.


Walaubagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui                hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

                Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
12.3 Kepentingan Hidroterapi
Hidroterapi   merupakan   suatu   bidang   yang    agak    luas   bertujuan    untuk mengembalikan,  memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual  kepada  keadaan  yang lebih  baik  atau  normal.   Antara   kepentingan hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.                                                                      

 2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak.
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan ‘Social skill’.
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan ‘body image’.
17. Peningkatan ‘self-esteem.


12.4 Panduan Keselamatan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan.     Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang   dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan  kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air.  ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.