Thursday 15 November 2012

Program PPKI SK Taman Seri Gombak



MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN 
HARI KANAK-KANAK PPKI SK TAMAN SERI GOMBAK


 Sambutan Hari Lahir, Hari Kanak-kanak dan Majlis perpisahan murid ke Sekolah Menengah Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Seri gombak, telah diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada 23 Oktober 2012. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid Pendidikan Khas SK Taman Seri Gombak. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah, Yang Berbahagia Dato' Suhaimi Bin Ibrahim Setiausaha Politik Perdana Menteri Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat. Sambutan Hari Lahir ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid pendidikan khas SK Taman Seri Gombak yang mungkin tidak pernah menyambut hari lahirnya. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan sosial kepada murid pendidikan khas supaya mereka tidak takut untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.

Ketibaan Yang Berbahagia Dato' Suhaimi Bin Ibrahim
Setiausaha Politik Perdana Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Majlis perasmian Sambutan Hari Lahir, Hari Kanak-kanak 
dan Majlis Perpisahan murid ke Sekolah Menengah
 
 
Persembahan istimewa dari murid-murid PPKI SKTSG



Keceriaan diwajah salah seorang murid PPKI SKTaman Seri Gombakyang menyambut hari lahir


2 comments:

  1. meriah betul aktiviti yang dijalankan. murid-murid dan guru mesti enjoy sakan kan...

    tahniah... diatas kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid PPKI dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih... ni salah satu program untuk memberi keyakinan pada murid untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling. murid pendidikan khas ni tidak semua bernasib baik.

    ReplyDelete